Saturday 15 October 2016

Warna kehidupan

Tinggi atau rendah aku terbang
Pabila jatuh tetap terluka
Hanya kedalaman luka yang berbeza
Kepedihan yang dirasai juga berbeza
Namun,
Kutetap terus melangkah
Demi mencorak warna warni kehidupan

Wednesday 29 July 2015

Kejujuran

Ya. Kejujuran. Sangat penting bagi semua orang bukan? Begitu juga dengan aku dan kamu.

Jikalau dulu kamu pernah mengatakan kamu pernah dicurangi dan bagaimana kamu mengawal perasaan kamu, pastinya kamu tidak akan mencurangi orang lain.

Aku telah cuba menjadi seorang yang setia. Biarpun kamu tidak ku nampak di hadapan mata, namun kutahu kamu ada. Aku banyak mengisi masa kosongku dengan pelbagai aktiviti.

  1. Tengok movie. Ya. Biarpun movie itu telah kutonton lebih 10x, aku tidak rasa bosan. Sebab kutahu kamu sibuk.
  2. Main game. Walaupun gadget ku tiada game yang menarik dan hanya ada game yang lama dan bosan untuk orang lain, aku tidak pernah bosan untuk bermain game itu. Sebab kutahu kamu perlukan ruang dan kamu sibuk bekerja.
  3. Marathon baca novel. Ya. Memang aku pencinta novel. Masihku ingat kamu bersusah payah mencari novel untukku. Terima kasih sayang. Sememangnya akan aku buat bacaan novel marathon sementara kamu sibuk. Biarpun sudah banyak kali kubaca novel-novel itu. Aku tak pernah bosan.
  4. Baca al-Quran. Biarpun tidak kerap. Tetapi ada. Ya. Mungkin aku tidak serajin seperti membaca novel,namun kutetap isikan masa sedikit untuk itu.
Sekarang aku mahukan kejujuran daripadamu. Adakah masih ada peluang untuk kita? Atau adakah kamu ada berbuat sesuatu dibelakangku? 

Sejujurnya, aku amat inginkan penjelasan darimu biarpun pahit. Tetapi itu lebih baik dari mendiamkan diri.


Add caption

Monday 27 July 2015

It's too late. But it's better than never

Ramai yang mengatakan mencegah lebih baik daripada mengubati.

Ya, aku juga setuju dengan ungkapan itu.

Tetapi kini, nampaknya aku yang tidak mencegah dan akhirnya luka semakin lama semakin parah.

Aku mohon kemaafan berjuta kali. Tetapi, kulihat seperti tiada kesan.

Aku hanya boleh bersabar.

Kini, aku harus tabah untuk mengubati luka itu walaupun luka itu parah dan berdarah. Bukankah mengubati lebih baik daripada tidak berusaha apa-apa untuk luka itu?

Ya, aku yakin dengan perancangan-Nya. Biarpun menitis air mata kerana peristiwa lampau. Biarpun menitis air mata kerana peristiwa kini. Aku tetap yakin dengan hari mendatang akan mengelap kembali titisan air mata yang jatuh pada hari ini.

Wednesday 1 July 2015

Menunggu

Semakin hari semakin banyak masa berlalu pergi.

Semakin aku tunggu semakin resah menanti.

Tanpa aku sedar rupanya bukan aku saja yang menunggu tapi juga dia

Aku akui kesalahan aku yang tidak memulakannya.

Tapi masih belum terlambat bukan?

Cuma aku menunggu jawapan daripadanya


Credit to : Google






























Masih belum berjawab pertanyaanku itu.

Aku pasti akan menunggu sehingga aku dapat jawapan yang sebenarnya.

Aku akan menunggu hingga sampai aku yakin dengan takdir Allah.

Perancangan Allah sesungguhnya yang terbaik bagi aku.




Credit to : Google


XoXo
GC




Sunday 28 June 2015

Harapan

Harapanku
Satu hari nanti akan menjadi seperti mereka

Harapanku
Satu hari nanti mereka akan bertanya kepadaku

Harapanku
Seindah angan-angan dalam mimpiku di kala terlena

Harapanku
Berharap akan berakhir dengan baik

Sesungguhnya harapanku tidak sebaik-baik perancanganku. Tetapi aku tahu Allah adalah sebaik-baik perancang untukku.