Monday 27 July 2015

It's too late. But it's better than never

Ramai yang mengatakan mencegah lebih baik daripada mengubati.

Ya, aku juga setuju dengan ungkapan itu.

Tetapi kini, nampaknya aku yang tidak mencegah dan akhirnya luka semakin lama semakin parah.

Aku mohon kemaafan berjuta kali. Tetapi, kulihat seperti tiada kesan.

Aku hanya boleh bersabar.

Kini, aku harus tabah untuk mengubati luka itu walaupun luka itu parah dan berdarah. Bukankah mengubati lebih baik daripada tidak berusaha apa-apa untuk luka itu?

Ya, aku yakin dengan perancangan-Nya. Biarpun menitis air mata kerana peristiwa lampau. Biarpun menitis air mata kerana peristiwa kini. Aku tetap yakin dengan hari mendatang akan mengelap kembali titisan air mata yang jatuh pada hari ini.

No comments:

Post a Comment