Wednesday 29 July 2015

Kejujuran

Ya. Kejujuran. Sangat penting bagi semua orang bukan? Begitu juga dengan aku dan kamu.

Jikalau dulu kamu pernah mengatakan kamu pernah dicurangi dan bagaimana kamu mengawal perasaan kamu, pastinya kamu tidak akan mencurangi orang lain.

Aku telah cuba menjadi seorang yang setia. Biarpun kamu tidak ku nampak di hadapan mata, namun kutahu kamu ada. Aku banyak mengisi masa kosongku dengan pelbagai aktiviti.

  1. Tengok movie. Ya. Biarpun movie itu telah kutonton lebih 10x, aku tidak rasa bosan. Sebab kutahu kamu sibuk.
  2. Main game. Walaupun gadget ku tiada game yang menarik dan hanya ada game yang lama dan bosan untuk orang lain, aku tidak pernah bosan untuk bermain game itu. Sebab kutahu kamu perlukan ruang dan kamu sibuk bekerja.
  3. Marathon baca novel. Ya. Memang aku pencinta novel. Masihku ingat kamu bersusah payah mencari novel untukku. Terima kasih sayang. Sememangnya akan aku buat bacaan novel marathon sementara kamu sibuk. Biarpun sudah banyak kali kubaca novel-novel itu. Aku tak pernah bosan.
  4. Baca al-Quran. Biarpun tidak kerap. Tetapi ada. Ya. Mungkin aku tidak serajin seperti membaca novel,namun kutetap isikan masa sedikit untuk itu.
Sekarang aku mahukan kejujuran daripadamu. Adakah masih ada peluang untuk kita? Atau adakah kamu ada berbuat sesuatu dibelakangku? 

Sejujurnya, aku amat inginkan penjelasan darimu biarpun pahit. Tetapi itu lebih baik dari mendiamkan diri.


Add caption

No comments:

Post a Comment