Aku juga manusia. Bukan binatang atau serannga atau benda bukan bernyawa. Aku punyai perasaan sedih, amarah, benci, suka, duka, gembira apa sahaja. Aku tidak mampu bersabar andainya hatiku sendiri terguris akibat perkara yang buakn berkaitan dengan diriku.
Adakah aku ni seorang insan yang terhina apabila aku hanya bekerja makan gaji? Gajiku pula tidaklah sebanyak orang lain yang lebih 2k. Adakah aku tidak punyai perasaan apabila aku dihina sebegitu rupa? Adakah kerana umurku yang jauh lebih muda maka dengan sewenang-wenangnya kamu menghina aku?
Maafkan aku.
Sepatutnya aku mengadu pada yang Esa. Ya! Aku tahu Allah ada di sisiku. Sentiasa. Sememangnya telah ku adukan kepada Allah. Tapi apakan daya? Hatiku tetap merintih pedih apabila dicaci begitu. Adakah kau benci melihatku? Adakah aku membuat sesuatu yang membangkitkan kemarahanmu?
Tolonglah.
Kita bukannya anak-anak yang kecil yang boleh bertegang urat begitu. Seharusnya kita duduk berbincang. Sebaik-baiknya. Bukan menengking, bukan menghina, bukan mengutuk malah bukan juga menyindir.
Harap kamu faham
p/s: Lirik lagu Aku Juga Manusia by Amir Jahari sedap didengar.
XoXo,
GC
thanks for visit.. done follow Cik Anggur. ^_^
ReplyDelete