Thursday, 8 January 2015

Bersediakah aku?

Hampir suku abad dah hidup. Banyak perkara yang telah terjadi dalam diri ni. Apa yang GC ingat hanyalah memori setelah umur 5 atau 6 tahun menginjak ke umur yang sekarang. Apa yang terjadi sebelum tu memang tak ingat. Itu pun kalau ada part yang tak lupa lah kan? Hehehe.

Okeh! Berbalik kepada tajuk.











Bersediakah aku?

Semakin hari semakin banyak yang aku dah tempuh. Semakin banyak otak aku berfikir untuk meransang deria-deria yang sedia ada untuk berfikir dengan lebih lagi.  Demi melangkah ke hadapan dalam kehidupan ada pasang surut kan? Tak terkecuali aku. 

Well, biasalah makcik2 pakcik2 bila aku balik kampung mesti ramai yang tanya 

"Bila lagi nak naik pelamin"

Jangan kata pakcik makcik lah, Atok, nenek sepupu sepapit yang besar2 pun akan tanya jugak. Tambah2 kalau masa tu kita tengah attend kenduri orang yang sebaya dengan kita. Betul tak? Kadangkala naik muak nak dengar pertanyaan orang lain yang jawapannya memang sama.

"In Sha Allah.. Tunggu je la nanti."

Tidak kurang juga dalam kalangan rakan sekerja. Pastinya ini adalah topik perbualan yang paling menarik bagi mereka. Bukan ingin menuduh, tetapi realitinya memang terjadi. Tambah-tambah ada pulak rakan sekerja kita yang baru melansungkan perkahwinan. Nak dijadikan cerita ini lebih menarik? Mudah. Sebab orang baru melansungkan perkahwinan itu muda daripada diri anda sendiri.

Bagaimana pulak dalam kalangan rakan-rakan? Sudah pasti jadi topik hangat kan? Walapun semuanya masih lagi single mingle. Hahaha. Sememangnya topik kahwin menjadi topik hangat. Pada masa yang sama aku pun bertanya pada diriku sendiri. Dah ready ke? Cukup dah ke? Paling penting,, betul-betul dah sedia untuk semua ni? Biarlah aku dan Allah saja yang tahu. Bukan bermaksud tidak mahu. Tetapi "belum sampai waktunya" kerana kita sendriri tidak tahu apa yang bakal terjadi kan? 






p/s: Harap bersabarlah wahai hati. Maaf juga kerana menggunakan kata ganti aku.


XoXo,
GC






No comments:

Post a Comment