Friday, 2 January 2015

Keikhlasan

Salam semua! Hai!

Keikhlasan itu pentingkan? Apabila kita melakukan sesuatu perkara sekiranya ikhlas ia akan menjadi yang terbaik dan menyeronokkan. Tiada paksaan untuk membuat sesuatu. Tetapi apabila kita dipaksa dengan perkataan yang kurang enak didengar, adakah kita ikhlas membuatnya?







Keikhlasan orang mengajak kita untuk membuat sesuatu perkara juga amat penting. Jangan buat jika tidak ikhlas. Jangan buat sekiranya akan merungut itu ini setelah buat. Ini akan menunjukkan betapa tidak ikhlasnya kamu. Dalam tidak sedar kamu akan keluarkan kata-kata yang kesat dan akan melukakan hati-hati yang ada di sekeliling kamu. 

Belajarlah erti keikhlasan. Buat kerja yang dirasakan ikhlas bagimu tanpa rasa sakit hati dan tanpa mengharapkan balasan. 


Belajarlah erti kesopanan. Apabila mengajak orang lain untuk membantu ajaklah mereka dengan sopan. Kerana kamu bukan mengarahkan hamba abdi tetapi manusia yang berperasaan.



p/s: Kalau tak ikhlas tak payah buat - Ayah GC cakap 




XoXo,
GC

No comments:

Post a Comment