Sunday, 4 January 2015

Cara mengawal perasaan marah cara GC

Marah.

Semua orang ada perasaan marah. Tetapi sebagai seorang manusia kita seharusnya belajar mengawal perasaan marah yang hadir tu. Jangan cepat melatah. Tambah-tambah sebagai seorang Muslim kita wajib belajar perasaan marah. Perasaan tu kan datang dari hasutan syaitan. 

GC bukan nak bagi ceramah or hadis or apa-apa yang berkaitan sebabnya GC tak mahir mengenai semua tu. GC hanya belajar agama masa sekolah dan dengar daripada penceramah atau hanya menonton youtube. Dulu GC juga seorang yang cepat marah. Ada saja yang tak kena mesti GC akan mengamuk sakan. Baling-baling handphone la campak bantal la hentam pintu la,, macam-macam lagi lah.

Tetapi lately dah kurang sifat marah tu. Mungkin faktor usia. Yelah bila umur kita meningkat secara tak langsung perangai kita pun akan berubah kan. Season changes, so does human. Nak kata berubah terus tu takdelah. Ada jugak time nak mengamuk tu mengamuk jugak. Cuma tidak keterlaluan macam dulu. Mungkin sel-sel otak berfungsi dengan waras dan boleh berfikiran terbuka. Maka dengan itu tidak keterlaluan tingkah laku semakin sopan. Hahahaha

Cara GC menenangkan diri GC yang terasa tetibe hot adalah 
  • Sentiasa berfikiran terbuka mengenai alasan yang diberikan dan haruslah mendengar alasan yang logik - sekiranya berjanji dengan sesiapa atau ada yang berjanji dengan diri sendiri
  • Sentiasa bersabar sekiranya ada pihak yang cuba meng'hot'kan anda - tapi lama-lama sabar itu akan sampai ke puncak nya.
  • Banyakkan mengucap - kepada sesiapa yang beragama Islam memang digalakkan untuk berbuat begitu.
  • Keluar berjalan ambik angin - kalau buat aktiviti yang korang suka pun bagus. Sesape yang suka main boling pergi main boling, sesape yang suka shopping pergi shopping (kalau time tu tengah pokai,window shopping pun boleh la).
  • Tumbuk bantal kuat-kuat sampai puas - bayangkan bantal tu orang yang buat kita hot pastu tumbuk la bantal tu. Sampai bantal tu lunyai pun takpe (jangan tumbuk orang tu betul-betul,nanti kena masuk lokap lak)
  • Banyakkan minum air masak - selalu bila marah mesti rasa lapar kan. GC ni badan agak comel so, nak elakkan pertambahan angka kat berat badan GC amalkan banyak minum air masak. Hehe
  • Buat bodoh jer dengan orang yang cari pasal tu. Pekak kan telinga anda dan abaikan suara-suara sumbang itu.

muka baby ni marah pun comel

Okei lah, semua tu antara cara-cara GC mengawal perasaan marah. Harap-harap dapat membantu semua.

p/s: Tadi GC search image marah dan terkeluar satu doa. GC share kan disini. Harap kita semua dapat praktikkan dalam diri




XoXo
GC

4 comments:

  1. boleh praktikkan cara gc nanti ^^ kalau sy tengah marah sy baling apa je yg dekat dengan diri time tu.. tp dlm bilik laa. heee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. dulu camtu gak. tapi dah kurang buat sebab selalu tu henpon yang jadi mangsa. tak sanggup dah nak beli henpon baru. hikhikhik ^_^

      Delete
  2. Replies
    1. kena amalkan jugak.. lama2 nanti kita pun takde la marah men'khinzir' buta.. hehehe

      Delete